Anakku Zavair Idrisse
Hai Assalamualaikum semua, Ya Allah lama gila tak tulis blog ni sumpah dah tinggal bertahun tahun weyyy sampai dah kahwin . haha so kita nak cerita apa eh , nak update dari mana . Sekarang dah tahun 2024 so umur pun dah 30 tahun wey terasa tua pula . Now Syu dah kahwin dan ada anak sorang . Syu kahwin umur 25 tahun dan ada anak umur 28 tahun agak lambat tapi alhamdulillah bagi Syu rezeki . Anak Syu nama Muhammad Zavair Idrisse sekarang dia dah umur 3 tahun , dah masuk playschool dan dia membesar dengan baik walaupun kadang-kadang menduga juga biasalah budak lelaki nak membesarkan memang buas sikit.
Harini Syu cerita pasal anak Syu jela okey, betul cakap orang bukan senang nak besarkan anak ni memang amanah dari Allah yang tak ternilai. Nak besarkan anak ni banyak benda kena fikirkan dari segi agama, pendidikan, akhlak, pemakanan, kewangan dan sebagainya. Tu baru sorang kalau anak ramai memang lagi mencabar sangat salute dekat orang yang ada anak ramai memang dorang kuat fizikal dan mental . Setakat ni Alhamdulillah Syu syukur anak dapat segalanya yang cukup tapi tak adalah kemewahan dari segi duit tapi cukuplah makan pakai dia . Anak Syu sekarang dah pandai dengar arahan walaupun kadang-kadang dia degil juga . haha tapi dia tak pandai bercakap sambung ayat , risau jugalah sebab dia dah 3 tahun tapi tak pandai bercakap lagi . Biasalah takut orang luar cakap dia autism , kita ni as a mak-mak mestilah risaukan bila orang cakap macamtu dekat anak kita. Tapi salah Syu sebab tak bawak dia pergi jumpa pakar untuk check . Syu bukan apa Syu tak tahu nak start dari mana nak terus jumpa pakar ke? pergi klinik biasa dulu ke? pergi klinik kanak-kanak ke? Syu tak tahu semua tu . Dan dekat mana nak pergi . ahhhh dilema . Tapi tu lah kalau lambat bertindak nanti macam-macam yang difikirkan . Suami Syu pula suka denial pasal anak maksudnya dia selalu cakap biasalah tu kecik lagi kadang-kadang bergaduh juga dengan dia sampai tak larat nak gaduh dah . Kita ni mak-mak fikir pasal anak. Family dan orang luar selalu cakap budak kalau dapat kaki awal nanti dia akan lambat bercakap so tak tahu betul ke tak. Anak Syu dapat kaki masa 11 bulan memang awal . Tapi Syu tetap risau juga sebab dia tak bercakap sambung ayat lagi.
Adakah anak Syu lambat bercakap faktor pemakanan? sebabnya anak Syu susah gila nak makan memang picky eater paksa lah macam mana pun tetap susah , dia suka makan benda-benda pelik macam jajan lah gula-gula lah, fast food lah . Kalau paksa makan nasi tu memang dia tolak . Macam-macam vitamin dah Syu bagi dia makan untuk bagi ada selera makan. Masa baby memang lah dia makan tapi start dia setahun lebih sampai 2 tahun 7 bulan memang susah gila nak makan memang bergantung dengan susu untuk bagi dia kenyang tapi alhamdulillah sekarang Syu perasan dia dah start nak makan nasi , dia nak makan apa yang kita suap dekat dia . Kalau Syu suap dia makan sekarang dia nak makan walaupun kadang-kadang dia memilih sikit tapi dia tetap makan . Syu sangat bersyukur . Walaupun mencabar juga nak bagi dia makan . haha Nak masuk 3 tahun ni banyak dah perubahan dia dari segi arahan, makan dan sebagainya. Syukur.
Setakat ni je kot Syu cerita pasal anak Syu nanti Syu cerita lagi perkembangan dia . Doakan anak Syu sihat dan membesat dengan baik ya kawan-kawan. xoxo bye!
Comments