Liat nak Bayar Hutang
Assalamualaikum guys
Lupa nak update blog . Actually Syu ingat syu nak selalu update blog maksudnya selalu tulis blog update hari2 Syu , apa Syu rasa atau pendapat Syu tapi tu lah dia rajin tak rajin je sekarang ni . Okey2 kita kepada topik asal kita . Syu nak luahkan pendapat Syu tentang penghutang . Orang yang suka hutang dan pinjam2 duit ni . Sekarang ni dah banyak dekat media social macam facebook , Twitter dan sebagainya kes viral orang yang berhutang tapi liat nak bayar . Bukan setakat hutang dekat ptptn , bank dan sebagainya tapi hutang dengan kawan tapi liat gila nak bayar . Haaa apa yang Syu nak cakap lah kan apa yang korang rasa masa nak minta pinjam duit dekat kawan eh? Apa ayat dan alasan korang nak bagi time nak meminjam tu? Dah cukup tebal muka ke? Dah cukup fikir ke?
Dah pinjam satu hal , dah bagi macam2 alasan masa nak meminjam tu siap buat janji lagi bila nak bayar balik , janji manislah orang katakan end up bila tiba masa tarikh yang nak bayar tu ehh dia buat senyap pula , buat macam tak ada apa berlaku . Bukan nak wassap or cari orang yang bagi pinjam tu bagitahu dapat bayar ke tak , bila nak bayar dan sebagainya ni tukang bagi pinjam yang terpaksa cari si peminjam pula yang wassap tanya bila nak bayar . Duhaiii manusia kau tak takut azab Allah dekat akhirat nanti ke ? Hukum orang liat bayar hutang ni ? Please lah beware sikit dengan dosa pahala ni . Kalau rasa tak mampu nak bayar balik please jangan gatal nak berhutang dengan orang . Buat dosa je.
Nak pinjam tak salah tapi silalah bayar balik . Ni kau buat keras badan pula tak reti bayar hutang . Dekat media social beria update itu ini , pencapaian kau dekat tempat kerja apa semua tapi hutang orang liat gila nak bayar . Kawan ni mudah sangat ambik kesempatan dekat kawan . Orang lain pun nak guna duit juga bukan kau je tapi kau ada fikir ke tak orang tu urgent nak guna duit ke apa . Lau dah kahwin dan dah ada anak pun tapi berhutang sana sini , apa kau tak fikir ke masa kau nak kahwin tu nak pakai duit banyak . Lain kali jangan bersenang lenang atas duit orang lain . Ingat hidup sekadar kemampuan kau je tak payah nak nampak megah depan orang sedangkan kau pun kerja makan gaji je .
Bini kau pula tak tahu yang kau tu tiap bulan berhutang dengan kawan . Habis apa guna kau kahwin dengan bini kau tapi tak boleh nak susah sama2 ? Apa bini kau hidup dengan kau sebab nak senang je . Dah kahwin ni kena tahu tanggungjawab bersama , susah senang bersama ni tak semua benda nak berahsia dengan bini lepastu susah cari kawan2 . Habis apa guna ada bini ? Takut bini tahu kau tengah susah then bini kau tinggalkan kau ? Kenapa mesti cari bini mata duitan ? hidup ni jangan selalu menyusahkan orang nanti orang tak suka dengan kita . Bagitahu bini apa yang kirang supaya senang untuk tolong each other . Jangan nak sorok2 dari bini bila kau tengah susah . Ni semua benda nak show off dekat media social , pergi tempat mahal2 , guna kereta mahal , rumah mahal apa semua tapi disebalik tu kau tengah susah , tak ada duit , beli semua tu dari duit yang kau pinjam dekat kawan2 . Tak malu eh?
Bila kau dah kahwin please fikir biar panjang . Jangan fikir nak berhutang dengan kawan je tapi liat nak bayar hutang . Buat malu anak bini je . Bila kau amalkan diri kau meminjam je dengan kawan2 lama2 kau akan terbiasa untuk meminjam . Please lah weyyy . Usaha itu yang penting . Biarlah duduk bawah jambatan sekali pun janji kau tak berhutang . Bila satu sen kita pinjam dari kawan itu dah kira berhutang taw so sila bayar walaupun satu sen . Dah lah meminjam lepastu buat tak tahu je bila time nak bayar .
Malulah dengan family dengan kawan2 . Ingat bila kita dah berhutang sila lah bayar hutang tu . Biarlah berhutang dengan keluarga dari berhutang dengan kawan2 sebab end up bila kau dalam susah nanti keluarga yang ada bantu dan berada disisi kau . Keluarga juga yang akan kutip kau . So ingatlah tak semua kawan akan berada saat kau susah jatuh tersungkur .
Akhir kata dari Syu , inagat susah macam mana pun please jangan berhutang kalau rasa tak mampu nak bayar balik . Kalau berhutang please sila bayar balik seperti yang dijanjikan . Ingat dekat akhirat nanti sakit hukuman dia . So janganlah liat bayar hutang ye kawan2 . Maaf pada yang terasa bila baca blog ni Syu hanya luahkan pendapat je so chill2 okey .
Salam dari Syu .

Comments